Kau dan aku

EPISODE 1,


"Woi, kau buta?"
"Err, maafkan saya."
"Maaf, maaf, kau kutip balik buku aku yang jatuh tu."

Lalu, pengawas itupun mengutip buku-buku yang bertaburan di atas lantai dan memberikannya semula kepada pemilik buku itu.

"Aku rasa mamat tu memang butalah. Atau dia memang sengaja nak langgar aku," kata Farra.

"Sudahlah tu. Aku rasa dia tak sengaja. Mungkin dia nak cepat," kata Siti sambil mencuba untuk meredakan kemarahan Farra.

"Kau sudah siapkan kerja rumah Matematik semalam, Farra?" tanya Siti menukar topik.

Farra memandang Siti lalu tersengih. "Belum."
Lantas Farra mengeluarkan kerja rumah tersebut dan menyiapkannya pada saat-saat akhir sebelum guru Matematik tiba.

"Selamat sejahtera, cikgu!" laung Daris selaku ketua klas..
"Selamat sejahtera. Duduk," balas Puan Aliza..

Puan Aliza menyuruh pelajar-pelajarnya mengeluarkan kerja rumah semalam untuk diperiksa.
Farra bernasib baik kerana sempat menyiapkannya.

"Baik, sekarang kita bincang jawapan. Azmi, awak mulakan dahulu. Kemudian, Hashim, Zairel dan seterusnya."

'Kringggg..!'
Loceng sudah berbunyi menandakan sesi persekolahan sudah tamat. Riuh-rendah sekolah dek bunyi kerusi dan meja bergesel. Tidak kurang juga suara-suara ketua tingkatan semua kelas, "Terima kasih cikgu"

Semua pelajar Tingkatan 1 Ceria terus menggalas beg masing-masing dan berjalan keluar daripada kelas mereka. Kelihatan juga Farra dan Siti menuju ke pintu pagar sambil berjalan mengiring.
"Esok kita jumpa kat kantin, ya," kata Siti.
"Orait," balas Farra pendek.

http://amirfaris97.blogspot.com

No comments: